Siap Dibina, Jambatan Marudi Kini Sudah Dibuka Untuk Umum

10 Nov 2024 • 2:57 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Jambatan Marudi sudah siap dibina dan dibuka untuk orang awam

Siap Dibina, Jambatan Marudi Kini Sudah Dibuka Untuk Umum. Sekian lama menanti Jambatan Marudi kini secara rasmi dibuka kepada orang ramai hari ini, menandakan pencapaian penting dalam pembangunan infrastruktur dan peningkatan konektiviti untuk masyarakat Baram, terutamanya penduduk Marudi.

Jambatan yang menelan kos sebanyak RM116.5 juta ini dilancarkan secara lembut oleh Timbalan Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan, Datuk Aidel Lariwoo, mengakhiri penantian bertahun-tahun.

image is not available
Siap Dibina, Jambatan Marudi Kini Sudah Dibuka Untuk Umum

Berakhirnya perkhidmatan feri

Dilaporkan, Aidel berkata pembukaan jambatan ini juga menandakan berakhirnya perkhidmatan feri yang sebelum ini amat penting bagi penduduk Baram yang berulang-alik ke Marudi.

Beliau berkata, jambatan ini menjadi pemangkin kepada pembangunan lain di Baram. Kerajaan negeri akan membina beberapa jalan yang akan merangsang pertumbuhan sosio-ekonomi penduduk di kawasan ini bermula tahun hadapan.

image is not available

Berfungsi sebagai infrastruktur utama

Aidel turut menyatakan bahawa jambatan ini akan berfungsi sebagai infrastruktur utama yang menghubungkan Miri dan Marudi serta kawasan sekitar, terutamanya apabila jalan baharu dari Eastwood Golf and Country Club di Miri ke Jambatan Marudi mula dibina dalam masa terdekat.

Beliau menambah bahawa jalan baharu sepanjang 42 kilometer (km) ini akan menjadi laluan utama dari Miri ke Marudi, memendekkan jarak perjalanan sebanyak 20km.

Jalan baharu ini juga masih dalam proses tender. Ia akan dibina mengikut standard R5, katanya.

Hadir sama pada majlis pelancaran lembut itu ialah Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala; Ahli Parlimen Baram, Datuk Anyi Ngau; dan Ahli Dewan Undangan Negeri Telang Usan, Datuk Dennis Ngau.

Lagi artikel terkini untuk anda di sini: