
Kota Kinabalu: Dua pendatang tanpa izin masing-masing dipenjara 14 bulan kerana menggunakan dokumen palsu.
Abu Bakar Amil, 24, dan Halim Palahuddin, 27, mengaku bersalah secara berasingan di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie, kepada pertuduhan terhadap mereka.
Abu didapati menggunakan surat pengesahan kad permit masuk Jabatan Imigresen Malaysia yang palsu pada 11.45 pagi 19 Jun tahun ini di kawasan Wisma Kebudayaan, di sini.
Dokumen palsu itu bertarikh 21 Ogos 2019.
SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Sementara itu, Halim telah menggunakan salinan sijil kelahiran palsu bernombor siri 961024-12-5343 di bawah namanya pada tengah hari 23 Jun tahun ini di pejabat unit siasatan bahagian penguatkuasaan Jabatan Imigresen di Jalan UMS, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, di sini.
Kesalahan itu didakwa di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 465 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, jika sabit kesalahan.
Mahkamah memerintahkan dua pendatang tanpa izin itu menjalani hukuman penjara dari tarikh mereka ditangkap dan dirujuk kepada Jabatan Imigresen selepas hukuman penjara selesai.
Timbalan Pendakwa Raya Syarifah Nur Syuhada Tuan Mamat dari Jabatan Imigresen hadir untuk pendakwaan.
Sementara itu, seorang lelaki berusia 20 tahun dipenjara 10 bulan kerana mencuri pam air milik sebuah syarikat.
Mohammad Amirul mengaku mencuri pam air itu pada 5.30 petang 11 Sept tahun ini di sebuah kilang memproses ketam di Putatan.
Pendakwaan dikendalikan Inspektor Suzie Kupit.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

