Dua Rangka Manusia Tanpa Identiti Ditemukan Atas Bumbung

17 Oct 2023 • 10:05 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Dua rangka manusia tanpa identiti ditemukan di atas bumbung bangunan bersebelahan sebuah bank di Sitiawan, Perak pagi semalam.

Menurut laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Manjung ACP Mohamed Nordin Abdullah berkata, polis menerima laporan daripada seorang wanita yang memaklumkan penemuan itu pukul 10.20 pagi.

“Hasil pemeriksaan di tempat kejadian telah menjumpai dua rangka manusia tanpa jantina dan identiti serta sehelai bendera Perak.
“Turut sama penemuan itu, beberapa potongan salotip berwarna hitam, cebisan kain bercorak warna-warni dan cebisan kain bendera Perak,” katanya dalam satu kenyataan.

Dua rangka manusia tanpa identiti

image is not available

Mohamed Nordin berkata, turut ditemukan adalah cebisan baju kotor kemeja putih, sarung bantal biru, bungkusan plastik merah berisi, disyaki tengokorak manusia setiap satu dan sebilah pisau berhulu plastik hitam.

Beliau memaklumkan, rangka tersebut telah dihantar ke unit forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk dibedah siasat.

“Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh,” ujarnya.

image is not available

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung ASP Azalan Ab Karin di talian 019-3927837 untuk membantu siasatan.

Sumber: Bernama