Dua remaja hilang di Batang Rajang ditemukan lemas

14 May 2023 • 2:56 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SIBU: Dua remaja lelaki yang dilaporkan hilang Jumaat lepas selepas dihanyutkan arus sungai semasa mandi di Sungai Rajang berdekatan pekan Durin, kira-kira 26 kilometer dari sini, ditemukan lemas hari ini.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu Andy Alie berkata mangsa pertama, Justin Siaw ditemukan pada 7.35 pagi, manakala mangsa kedua Kong Wei Seng, pada 8.15 pagi.

Beliau berkata kedua-dua mangsa yang berusia 15 tahun ditemukan pada jarak antara lima dan 10 kilometer dari lokasi kejadian.

“Pengecaman kedua-dua mangsa dilakukan ibu bapa masing-masing di lokasi,” katanya dalam kenyataan.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, kedua-dua remaja itu dikatakan sedang mandi di sungai berkenaan bersama seorang lagi rakan, apabila kedua-duanya dilihat dibawa arus dan terus tenggelam, kira-kira 10 meter dari jeti berhampiran.

Rakan mangsa yang menyaksikan kejadian tersebut bergegas memaklumkan kepada saudara-mara untuk meminta bantuan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved