Niat Bersuka Ria Bersama Rakan Bertukar Tragedi Di Sibu, Dua Remaja Hilang Ditemui Lemas

14 May 2023 • 1:33 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Mayat kedua-dua mangsa ditemui pagi hari ini.

Niat Bersuka Ria Bersama Rakan Bertukar Tragedi Di Sibu, Dua Remaja Hilang Ditemui Lemas. Dilaporkan bahawa dua remaja yang hilang setelah bermain di Sungai Durin pada Jumaat lalu telah ditemui lemas pada pagi hari ini.

Menurut Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sibu Wan Mohd Jabir Wan Mohd Barudin, mangsa yang maut dikenali sebagai Justin Siaw dan Kong Wei Heng, kedua-duanya berusia 15 tahun.

image is not available
Niat Bersuka Ria Bersama Rakan Bertukar Tragedi Di Sibu, Dua Remaja Hilang Ditemui Lemas

Mayat ditemui oleh penduduk kampung

Beliau berkata mayat kedua mangsa telah ditemui oleh penduduk kampung dalam radius lima kilometer dari pos kawalan di dermaga Durin.

Mayat pertama ditemui kira-kira jam 7.35 pagi dan mayat kedua pula ditemui kira-kira jam 8.50 pagi.

“Kedua-dua mangsa kemudiannya telah dikenal pasti oleh ahli keluarga dan mayat akan diserahkan kepada pihak polis,” kata beliau dalam satu kenyataan.

image is not available

Operasi mencari menyelamat mangsa telah ditamatkan

Susulan penemuan mayat berkenaan, Wan Mohd Jabir berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari ketiga hari ini selesai.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa kedua-dua mangsa telah dilaporkan hilang ketika bermain dan mandi di sungai bersama seorang lagi rakan mereka yang selamat.

Sepasukan anggota dari BBP Sibu Jaya dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan jam 5.34 petang, pada Jumaat lalu.

Lagi berita terkini untuk anda di sini: