Dua remaja termasuk OKU maut kemalangan, motosikal bertembung

25 Jul 2026 • 11:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Dua remaja termasuk OKU maut kemalangan, motosikal bertembung

KEMAMAN – Dua remaja lelaki termasuk seorang pelajar orang kelainan upaya (OKU) masalah pembelajaran maut selepas motosikal ditunggang mereka dipercayai bertembung dalam kemalangan di Jalan Felda Cherul-Bukit Sagu, di sini semalam.

Dalam kemalangan pada pukul 6.45 petang, kedua-dua mangsa iaitu Muhammad Shafiq Hakimi Mohd. Nazri dan Muhammad Hafiey Rifqey Mohd. Mahazan yang masing-masing berusia 16 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian ekoran kecederaan pada bahagian kepala.

Muhammad Shafiq Hakimi yang mengalami masalah pembelajaran merupakan pelajar program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Felda Cherul manakala Muhammad Hafiey Rifqey pula pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cherul.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd. Razi Rosli berkata, sewaktu kejadian, Muhammad Shafiq Hakimi dikatakan dalam perjalanan ke Bukit Sagu, Kuantan, Pahang manakala Muhammad Hafiey Rifqey pula ke Felda Cherul di sini.

“Kemalangan dikatakan berpunca selepas motosikal jenis Modenas Kriss ditunggangi Muhammad Hafiey Rifqey dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas memasuki laluan bertentangan.

“Ia kemudiannaya bertembung dengan motosikal jenis Honda Wave dinaiki Muhammad Shafiq Hakimi,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, di sini hari ini.

Mohd. Razi berkata, impak pelanggaran itu menyebabkan kedua-dua mangsa terjatuh ke atas jalan raya. – KOSMO! ONLINE

The post Dua remaja termasuk OKU maut kemalangan, motosikal bertembung appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved