Dua Rentung, Van Bawa Diesel Terbakar Selepas Kemalangan Di Sibu

20 Jul 2022 • 12:08 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Dua Rentung, Van Bawa Diesel Terlibat Kemalangan Terbakar Di Sibu

Dua orang dilaporkan rentung selepas sebuah van yang membawa muatan diesel terlibat dalam sebuah kemalangan di Sibu, awal pagi ini.

Mememtik laporan Facebook BBP Sibu Sentral, van yang membawa muatan diesel dengan tangki berukuran 4 kaki x 4 kaki persegi itu dipercayai hilang kawalan dan melanggar sebatang pokok yang berada di tepi jalan. Akibat kemalangan itu, van berkenaan terbakar seratus peratus.

image is not available

Pihak bomba yang menerima panggilan kira-kira 5:10 pagi bertindak memadam kebakaran hingga terpadam sepenuhnya apabila tiba di tempat kejadian.

”Akibat daripada kemalangan didapati 2 mangsa tersepit dan rentung ditempat duduk pemandu dan penumpang sebelah hadapan.

”Pasukan Bomba mengeluarkan mangsa rentung dan menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” menurut hantaran Facebook tersebut.

image is not available

Identiti kedua-dua mangsa bagaimanapun tidak dapat dikenal pasti disebabkan tiada sumber maklumat yang diperolehi.

Pihak bomba juga bertindak membersihkan kawasan kemalangan termasuk menabur pasir di lokasi yang masih terdapat minyak bagi mengelakkan jalan licin kepada pengguna jalan yang lain.

image is not available