Van Bawa Diesel Langgar Pokok, 2 Orang Rentung

20 Jul 2022 • 1:25 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Kemalangan berkenaan mengakibatkan kedua-dua mangsa tersepit dan rentung di tempat duduk pemandu dan penumpang sebelah hadapan. - Gambar ihsan Bbp Sibu Sentral

SIBU - Dua orang rentung apabila van membawa muatan diesel yang dinaiki terbakar selepas merempuh sebatang pokok di tepi Jalan Khong Yit Khim, di sini dalam kemalangan kendiri awal pagi tadi.

Ketua Bomba Zon Sibu, Janggan Muling berkata akibat kemalangan tersebut kedua-dua mangsa didapati tersepit dan rentung di tempat duduk pemandu dan penumpang sebelah hadapan.

Menurutnya, panggilan kejadian tersebut diterima jam 5.10 pagi dan satu pasukan telah digerakkan ke lokasi yang terletak 17km dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral kira-kira jam 5.27 pagi.

“Setibanya di lokasi pasukan Bomba mendapati sebuah van dengan membawa muatan minyak diesel dalam tong mengalami kemalangan kendiri dipercayai hilang kawalan menyebabkan van tersebut terbakar seratus peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata apabila api berjaya dipadamkan sepenuhnya, pasukan bomba mengeluarkan mayat mangsa dan kemudian menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - Bernama