Dua sahabat maut dirempuh Perodua Axia

25 Dec 2023 • 12:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Motosik dinaiki mangsa terperosok di bawah kenderaan dalam kejadian kemalangan di Jalan Krubong Permai pada malam Ahad. (Gambar kecil: Putra Norsyaqir, Erwan)

image is not available
Keadaan kereta Perodua Axia yang dipandu lelaki berusia 25 tahun dalam kejadian kemalangan di Jalan Krubong Permai pada malam Ahad.

MELAKA - Dua sahabat yang juga pelajar Tingkatan Empat maut selepas dirempuh sebuah kereta di Jalan Krubong Permai dekat sini pada malam Ahad.

Kejadian lebih kurang jam 9.10 malam itu mengakibatkan penunggang motosikal, Putra Norsyaqir Putrawirwan,16, disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Melaka manakala rakannya yang juga pembonceng motosikal, Erwan Idris,16, maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal mendapati Perodua Axia dipandu seorang lelaki berusia 25 tahun dalam perjalanan dari arah lampu isyarat One Krubong menghala ke Taman Krubong Permai.

Menurutnya, bagaimanapun setiba di lokasi kejadian, pemandu kereta terbabit yang bekerja di Pasar Borong Melaka dipercayai hilang kawalan kerana terlelap lalu memasuki ke laluan bertentangan sebelum merempuh motosikal dinaiki mangsa.

"Akibat pelanggaran itu, motosikal dinaiki mangsa terperosok di bawah kenderaan terbabit.

"Kereta itu turut melanggar sebuah lagi kereta Perodua Myvi yang dinaiki pasangan suami isteri berusia 26 dan 27 tahun dari arah bertentangan," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Isnin.

Jelasnya, namun pasangan terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka dan notis Pol.61 telah dikeluarkan bagi mengetahui punca kematian," katanya

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved