Pemandu kereta terlelap, langgar mati 2 remaja bermotosikal

25 Dec 2023 • 1:14 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

MELAKA: Dua remaja berusia 16 tahun maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan dua kereta di Jalan Krubong Permai, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Melaka Tengah, Christopher Patit berkata, dalam kejadian kira-kira 9.30 malam itu, mangsa ialah penunggang motosikal, Putra Norsyaqir Putrawirawan dan pembonceng, Erwan Idris.

“Siasatan awal mendapati sebuah Perodua Axia dipandu seorang pemuda 25 tahun masuk ke laluan bertentangan akibat terlelap dan melanggar kedua-dua mangsa sebelum melanggar sebuah Perodua Myvi.

“Akibat kemalangan tersebut, Erwan yang parah di badan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Putra Norsyaqir menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Melaka,” katanya dalam kenyataan.

SPONSORED CONTENT Sabah International Convention Centre’s Big Sabah Sale a big hit Kota Kinabalu: The Sabah International Convention Centre’s (SICC) Big Sabah Sale which concluded on Sunday saw a good response with about 20,000 visitors during the three-day extravaganza. . Read more Beliau berkata, tiada penumpang dalam Perodua Axia, manakala pemandu dan penumpang Perodua Myvi tidak cedera.

Katanya, sampel darah pemandu Perodua Axia itu diambil bagi mengesan kandungan alkohol dan dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.