Dua Selebriti Masih Liat Bayar ‘Roadtax’ & Insurans Kereta Mewah Jutaan Ringgit, Bagi Alasan Hanya ‘Weekend Car’

LocalCars
12 Aug 2025 • 2:19 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pengarah Kanan Penguatkuasaan JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan, mendedahkan dua selebriti yang mempunyai kenderaan mewah bernilai jutaan ringgit dikesan masih ‘liat’ membayar cukai jalan dan perlindungan insurans bagi aset tersebut.

‘Park’ di rumah je

Tambahnya, hasil risikan dan siasatan pihaknya menerusi Ops Luxury yang diadakan di seluruh negara membawa kepada penemuan itu.

Kita dapati ada dua lagi selebriti yang belum bayar cukai jalan kenderaan mewah mereka. Hasil pemerhatian kita, mereka tidak lagi memandu kenderaan itu yang diletakkan di rumah, hanya guna kenderaan lain untuk keluar.

image is not available

Bagi alasan ‘weekend car’

Terdahulu, pihaknya mendedahkan terdapat selebriti dan ahli perniagaan yang merupakan pemilik kenderaan mewah seperti Ferrari, Lamborghini dan Porsche yang dikesan ‘liat’ membayar cukai jalan dan perlindungan insurans dalam tempoh yang lama.

Difahamkan, mereka menggunakan alasan jarang menggunakan kenderaan berkenaan kecuali sebagai weekend car (kereta hujung minggu).

Muhammad Kifli menegaskan perkara itu tetap menjadi satu kesalahan kerana cukai jalan dan insurans tidak diperbaharui dalam tempoh masa lama.

image is not available 2025-04-11 12:35:20

Bayar Cukai RM12 Juta Selepas Siasatan SPRM, ‘Datuk’ Industri Hiburan Terkait Kes Rasuah dan Penyeludupan