OPS Luxury: JPJ Sita 104 Kereta Mewah, Ramai Betul Lupa Perbaharui Cukai Jalan, Insurans

LocalCars
11 Aug 2025 • 11:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyita 104 kenderaan mewah lagi gara-gara tidak mempunyai cukai jalan dan insurans dalam Op Luxury yang dijalankan di seluruh negara, baru-baru ini.

Pengarah Kanan Penguatkuasaan JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, sebanyak 104 kenderaan mewah pelbagai jenama dipandu warga tempatan dan asing berjaya ditahan, menjadikan keseluruhan 258 disita sepanjang operasi itu.

image is not available

"Kebanyakan pemilik kenderaan memberi alasan biasa iaitu terlupa. Ada kenderaan yang disita ini didapati cukai jalannya sudah tamat tempoh sejak tahun 2022," katanya dalam sidang media di Depoh Simpanan Kenderaan JPJ Kuala Lumpur, tengah malam tadi.

Sebanyak 258 kenderaan mewah yang disita itu terdiri daripada Ferrari, Porsche dan Ford Mustang. Antara kesalahan dikesan adalah tidak mempunyai cukai jalan, tiada perlindungan insurans, lesen memandu tamat tempoh atau tiada lesen sah, pamer nombor kenderaan yang belum didaftarkan serta kesalahan teknikal lain.

image is not available

Tindakan terhadap kenderaan yang antaranya milik ahli perniagaan, selebriti dan pempengaruh media sosial serta warga asing itu dilakukan menerusi tiga siri operasi yang bermula sejak Jun lalu.

Untuk makluman anda, JPJ akan meningkatkan penguatkuasaan dan meminta semua pasukan JPJ di seluruh negara melipatgandakan penguatkuasaan,