
Berat badan yang ideal sememangnya menjadi idaman setiap orang, lebih-lebih lagi para wanita. Ia bukan sahaja untuk kelihatan cantik-cantik semata-mata tapi juga mempengaruhi faktor kesihatan yang lebih baik.
Bukanlah kurus atau berat badan yang ideal itu tidak akan diuji dengan sakit. Namun, berpijak dibumi yang nyata, bertubuh badan yang besar bukanlah satu perkara yang sihat dalam pada masa yang sama menjadi punca pelbagai penyakit.
Bercakap soal berat badan dan bentuk tubuh yang ideal, seorang wanita dari Singapura berjaya turunkan sebanyak lebih kurang 42 kg dalam masa dua tahun dari berat badan asal 11o kg ke 68 kg.
Dia kongsikan perjalanan tersebut menerusi laman TikTok miliknya dengan harapan dapat memberikan sedikit inspirasi kepada mereka yang sedang berusaha untuk dapatkan berat badan yang mereka inginkan.
Memetik Mothership, wanita yang menggunakan nama pengguna @eggting menjelaskan bagaimana perjalanannya untuk turun berat sebanyak 42 kg dalam masa dua tahun yang sebelum ini beratnya mencecah hingga 11okg.
@eggtingg Wat I eat mostly on Mon to Fri.. Weekend cheat Haha! Slowly but surely! 20kg more! #diet #weightloss#FYP #sgtiktok #covidperiod
Semua itu bermula apabi berlakunya pandemik membuatkan dia nekad untuk ubah tabiat gaya hidupnya sebelum ini. Dia mempunyai dia matlamat yang ingin dicapai salah satunya adalah puasa secara berselang selama di mana dia akan makan dalam masa lapan jam dan 16 jam berikutnya.
Dia juga memilih makanan yang berkhasiat dan sihat pada hari bekerja. Menariknya, dia langsung tidak mengira kali dan cuba sedaya upaya untuk hanya makan makanan yang sihat dan rendah kalori sahaja.
Antara pilihan menu berkhasiat yang menjadi hidangan diet beliau adalah pasta yang ditumis dengan minyak zaitun bersama-sama bawang putih dan cili. Selain itu, hidangan lain adalah sayur-sayuran yang direbus atau digoreng dengan sedikit sos tiram.
BACA: Serah Kad ATM & “Saving” Enam Tahun Dekat GF, Lelaki Menangis Sampai Pengsan Selepas Putus Cinta
BACA JUGA: Ini Cara Nak Mohon “Home Schooling” Daripada KPM Untuk Anak-anak Ada Masalah Kesihatan Kronik
Sumber: Mothership
The post Dua Tahun Amal Diet Sihat Ini, Wanita Puas Hati Hilang Berat 42KG Walau “Slow-slow” Turun appeared first on Siakap Keli.


