
SANDAKAN: Markas Wilayah Laut 2 (Mawilla 2) TLDM di sini menerima dua unit Retail Outdoor Venture Reload (ROVR), iaitu tangki minyak mudah alih petrol dan diesel berkapasiti 5,000 liter setiap satu untuk kegunaan kenderaan tentera.
Penyerahan rasmi daripada Petronas Dagangan Berhad (PDB) diwakili oleh Ketua Pegawai Operasi, Azureen Azita Abdullah itu diterima oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang diwakili oleh Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Datuk Muhammad Ruzelme Ahmad Fahimy dan Panglima Wilayah Laut 2, Laksamana Muda Datuk Khir Junaidi Idris di Tapak ROVR Mawilla 2, Sandakan, baru-baru ini.
Projek ini merupakan Program Kerjasama Perindustrian (ICP) antara Petronas dengan TLDM.
Projek pemasangan ROVR di Mawilla 2 bermula pada 11 Disember 2023 dan siap sepenuhnya pada 22 Januari 2024 dengan kos keseluruhan dianggarkan sebanyak RM1,156,840.
SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more Dengan ROVR, kerja-kerja pengisian minyak di Pangkalan TLDM Sandakan itu dapat dilaksanakan dengan cepat dan efisien berbanding sebelum ini.
Sebagai rekod, sejak penubuhan Mawilla 2, pengisian minyak untuk kenderaan tentera TLDM dilaksanakan di Batalion Ke-22 Rejimen Askar Melayu Diraja (22 RAMD).
Kerjasama antara TLDM dan Petronas ini juga diharap dapat dijadikan contoh yang baik dalam pelaksanaan projek-projek kolaborasi industri untuk kepentingan keselamatan dan kesejahteraan negara, serta memperkukuhkan lagi keupayaan operasi TLDM pada masa hadapan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
