Dua wanita beli bag, topi guna duit palsu RM300

LocalBusiness & Finance
10 Sep 2026 • 9:02 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Dua wanita beli bag, topi guna duit palsu RM300

PORT DICKSON – Seorang pembantu jualan di sebuah kedai di Batu 4, di sini, terkejut apabila mendapati tiga keping wang kertas RM100 yang diterima daripada pelanggan adalah palsu, semalam.

Pembantu jualan yang hanya mahu dikenali sebagai Kimi, 32, berkata, kejadian berlaku antara pukul 6.10 petang hingga 6.30 petang ketika dua wanita datang membeli tiga beg dan sebuah topi di kedai berkenaan.

Menurutnya, kedua-dua suspek membuat pembelian melalui tiga transaksi sebelum membayar keseluruhan RM300 menggunakan tiga keping wang kertas RM100.

“Saya hanya sedar wang itu palsu selepas kedua-dua wanita berkenaan keluar dari kedai. Sebelum itu, saya tidak mengesyaki apa-apa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini, hari ini.

Kimi berkata, kecurigaannya bertambah selepas dakwat pada permukaan wang berkenaan didapati hilang apabila terkena air, sekali gus diyakini wang tersebut adalah palsu.

Menurutnya, susulan kejadian itu, laporan polis dibuat di Balai Polis Teluk Kemang dan pihaknya juga ada memuat naik wajah pelaku yang terpapar dalam rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan.

“Kami harap perkongsian ini dapat menjadi peringatan kepada peniaga lain supaya lebih berhati-hati dan tidak menjadi mangsa. Kami juga berharap kedua-dua suspek dapat segera ditangkap dan kerugian ini dapat dikembalikan,” katanya.

Terdahulu tular gambar dua wanita yang didakwa telah membeli barangan berupa beg serta topi menggunakan wang palsu di Batu 4.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Ahmad Afiq Mohd Adnan ketika dihubungi menyatakan kes disiasat di bawah Seksyen 489B Kanun Keseksaan dan polis kini sedang memburu dua wanita berkenaan.

“Berdasarkan siasatan, dua pelanggan berkenaan membeli bag, topi dan cermin mata yang bernilai RM328. Pelanggan telah membayar menggunakan wang RM100 sebanyak tiga keping, namun palsu,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

The post Dua wanita beli bag, topi guna duit palsu RM300 appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved