Bayi setahun maut, pengasuh dan ibu ditahan

LocalFamily & Parenting
10 Sep 2026 • 9:07 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bayi setahun maut, pengasuh dan ibu ditahan

GEORGE TOWN – Polis menahan dua wanita termasuk ibu kepada seorang bayi lelaki berusia setahun yang maut selepas ditemukan tidak sedarkan diri di rumah pengasuhnya di Kampung Melayu, Ayer Itam, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, pihaknya menerima laporan daripada Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Pulau Pinang (HPP) berhubung kematian mangsa pada pukul 5.16 petang.

Menurutnya, mangsa dibawa ke HPP oleh ibu dan pengasuhnya pada pukul 2.45 petang selepas ditemukan tidak sedarkan diri di rumah pengasuh nya kira-kira pukul 2 petang.

“Ketika ditemukan, mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan bibir kelihatan kebiruan.

“Mangsa kemudian dikejarkan ke HPP untuk mendapatkan rawatan kecemasan sebelum disahkan meninggal dunia pada pukul 3.33 petang,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa merupakan kanak-kanak bumiputera Sabah.

“Polis telah menahan pengasuh mangsa, seorang wanita tempatan berusia 44 tahun dan ibu mangsa bagi membantu siasatan,” katanya.

Jelasnya, bedah siasat terhadap mayat mangsa telah dijalankan semalam, namun punca kematian masih belum dapat dipastikan kerana masih menunggu keputusan analisa makmal.

Tambah beliau, pengasuh terbabit direman selama tujuh hari bermula semalam sehingga 15 September ini, manakala ibu mangsa direman selama tiga hari sehingga 11 September bagi membantu siasatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

The post Bayi setahun maut, pengasuh dan ibu ditahan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved