Dua Wanita Maut Tercampak Keluar Mercedes-Benz Di Lebuhraya Persekutuan

22 Nov 2026 • 9:24 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Dua Wanita Maut Tercampak Keluar Mercedes-Benz Di Lebuhraya Persekutuan

PETALING JAYA, (Bernama) -- Dua wanita maut selepas tercampak keluar dari sebuah kereta Mercedes-Benz yang terbabas sebelum merempuh tebing di bahu kiri Lebuhraya Persekutuan di Kilometer 34 menghala ke ibu negara awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shamsudin Mamat berkata dalam kejadian kira-kira 5.30 pagi itu, kereta berwarna emas berkenaan dipercayai dipandu seorang lelaki warga tempatan berusia lingkungan 20-an dan kini sedang dikesan selepas melarikan diri.

Beliau berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira 7 pagi dan siasatan awal mendapati kenderaan itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar tebing di bahu kiri jalan.

“Akibat pelanggaran itu, kenderaan berkenaan kemudian berpusing dan menyebabkan dua penumpang wanita warga tempatan yang berada di bahagian belakang, masing-masing berusia lingkungan 20-an dan 30-an tercampak keluar melalui cermin belakang.

“Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Sehubungan dengan itu, Shamsudin meminta saksi yang melihat atau berada di tempat kejadian tampil di balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Insp M. Sivam di talian 017-329 0749 atau IPD Petaling Jaya di talian 03-7966 2222 bagi membantu siasatan.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved