Dua warga asing bebas tuduhan edar 169.9g syabu

19 Jan 2024 • 1:05 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Dua warga asing dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini daripada pertuduhan mengedar 169.9g syabu.

Hakim Leonard David Shim membebaskan Eros Matarul, 51, dan Abd Haibir Omad, 27, daripada pertuduhan itu pada hujung pembelaan mereka.

Leonard berkata mahkamah mendapati bahawa pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah dalam kes pendakwaan.

“Oleh itu, mahkamah terpaksa membuat keputusan untuk melepaskan dan membebaskan kedua-dua tertuduh daripada kesalahan yang mereka hadapi,” katanya.

SPONSORED CONTENT RM20bil green steel project: Sabah on its way to adopting green technology, says Hajiji Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said Sabah is well on its way to fully adopting the green technology revolution with a RM20 billion green steel project at the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (Sogip). Read more Mahkamah memerintahkan kedua-dua Eros dan Haibir dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas dibebaskan, seperti yang dipohon oleh pendakwaan kerana seorang tertuduh memegang IMM13 manakala seorang lagi mempunyai Mykad yang telah tamat tempoh sejak ditahan.

Kedua-duanya pada 30 April, 2021 mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersama mengedar dadah pukul 3.20 petang pada 29 April, 2019 di tepi Jalan Tun Fuad Stephens, belakang Wisma Merdeka di sini.

Perbicaraan bermula pada 2 Mac, 2023 di mana pihak pendakwaan menutup kesnya pada 10 April tahun sama.

Lima saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan, kedua-dua tertuduh sendiri, dipanggil untuk memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Jessica Ombou Kakayun melakukan pendakwan manakala Eros dan Haibir diwakili peguam dilantik Hairul V. Othman.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.