
TAWAU: Polis berjaya menahan dua lelaki warga asing berusia 23 dan 31 tahun bersama sejumlah dadah dalam dua tangkapan berasingan di daerah ini, pada Khamis.
Ketua polis daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, berkata polis merampas 52.06 gram syabu dalam satu paket plastik dianggarkan bernilai RM5, 000 dari suspek berumur 23 tahun itu di Kg Titingan.
“Suspek ditangkap sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD Tawau sekitar jam 4.50 petang dalam serbuan rumah di kampung tersebut dan menyerahkan sendiri bungkusan dadah itu selepas menyedari kehadiran polis,” katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.
Menurutnya, hasil pemeriksaan awal saringan air kencing mendapati suspek negatif dari sebarang jenis dadah serta tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
SPONSORED CONTENT Hajiji says young business professionals' inputs needed to develop Sabah Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said he welcomed inputs from young business professionals to assist in policy formulation. Read more Jasmin berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan polis juga giat mengesan rangkaian pengedaran dadah tersebut serta individu lain yang disyaki.
Sementara itu, katanya, seorang lagi suspek berjaya ditahan sepasukan polis dari Balai Polis Bombalai selepas pergelutan di sebuah kawasan lapang di Bombalai dalam cubaannya melarikan diri.
“Polis menemukan tiga paket plastik lutsinar pelbagai saiz mengandungi ketulan hablur jernih disyaki syabu seberat 8.25 gram selepas melakukan pemeriksaan ke atas beg kecil di dalam poket seluar dipakai suspek,”katanya.
Menurutnya, hasil pemeriksaan ujian air kencing terhadap lelaki itu mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.
Kes itu, katanya, sedang disiasat mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.



