Dua warga asing ditahan cuba pecah masuk rumah

28 Jan 2024 • 5:19 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Suspek ditahan penduduk selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan di kawasan Sungai Sumun, Rungkup pada Jumaat. Foto ihsan pembaca

BAGAN DATUK - Dua lelaki warga Myanmar ditangkap penduduk dipercayai cuba memecah masuk sebuah rumah di Kampung Parit, Sungai Sumun dekat Rungkup pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, suspek yang merupakan pendatang asing tanpa izin (PATI) dilihat berada dalam keadaan mencurigakan jam 1 pagi.

"Orang awam yang ternampak kelibat kedua-dua suspek bertindak menghubungi polis di Balai Polis Rungkup bagi melaporkan kejadian itu.

"Suspek yang terserempak dengan penduduk cuba melarikan diri namun akhirnya mereka berjaya dicekup," katanya ketika dihubungi di sini pada Ahad.

Menurut beliau, tiada sebarang kerugian dan kecederaan dilaporkan.

"Pihak polis membuat tangkapan semula dan semakan mendapati kedua-dua suspek yang berusia 25 tahun tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/1963," katanya.

Terdahulu, tular beberapa rakaman video menunjukkan kedua-dua suspek dikawal beberapa orang awam dipercayai tidak jauh dari tempat kejadian.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved