Dua warga China maut kemalangan di Lebuhraya Plus

15 Jul 2025 • 11:20 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

IPOH, 15 JULAI: Dua lelaki warga China maut manakala pemandu warga tempatan cedera selepas kereta dinaiki terbabas, ketika cuba mengelak sebuah lori di Kilometer 316.9 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah utara, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt Johari Yahya berkata pihaknya menerima maklumat kejadian pada 10.30 malam dan mangsa dikenali sebagai Chong Hong serta Yucheng Pan kedua-duanya berusia 41 tahun, maut di lokasi akibat cedera parah di kepala.

Pemandu kereta Toyota Vios Lau Yong Kheng, 56, pula cedera di leher, kaki dan tangan.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta mangsa dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang yang berada di lorong kanan, cuba mengelak sebuah lori menukar laluan di hadapan sebelum hilang kawalan.

“Usaha sedang dilakukan untuk mengesan pemandu lori terbabit dan mendapatkan rakaman kamera papan pemuka bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Johari berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata bomba menerima panggilan kecemasan kemalangan itu pada 8.53 malam, melibatkan tiga mangsa tersepit dalam kenderaan terlibat.

Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah menggunakan peralatan penyelamatan khas untuk mengeluarkan mangsa, sebelum diserahkan kepada polis dan pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved