Pemandu lori maut tersepit, dua wanita cedera

14 Jul 2025 • 3:29 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pemandu lori maut manakala dua penumpang sebuah kereta cedera selepas kedua-dua kenderaan terbabit nahas di KM266.9 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan, di sini, tengah hari tadi.

SEREMBAN -Pemandu lori maut manakala dua wanita cedera dalam kemalangan di Kilometer 266.9 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan di sini pada Isnin.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I, Nizam Yom berkata, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban 2 serta Senawang bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan jam 12.51 tengah hari.

"Setibanya di lokasi kejadian jam 1.02 tengah hari, didapati berlaku kemalangan membabitkan sebuah lori bonded 1 tan dan sebuah kereta jenis Perodua Ativa.

"Pemandu lori seorang lelaki lingkungan 40-an tersepit dan meninggal dunia di lokasi dan disahkan pihak paramedik," katanya pada Isnin.

Jelasnya, pemandu Perodua Ativa tidak mengalami kecederaan manakala penumpang wanita di tempat duduk hadapan patah kaki dan seorang lagi penumpang wanita di bahagian belakang patah tangan.

Tambahnya, mangsa yang cedera dibawa ke hospital menaiki ambulans dan mangsa yang meninggal diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved