Dua warga emas maut selepas kereta bertembung van

30 Jan 2023 • 8:18 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

IPOH: Dua warga emas maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 10 Jalan Beruas-Ipoh dekat sini pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Manjung DSP Chong Boo Khim berkata pemandu kereta Perodua Kelisa, Fatimah Mohd Ali, 64, dan penumpang di belakang Mohd Ibrahin Md Deram, 77, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Katanya kejadian berlaku semasa kereta dengan empat penumpang dari Simpang Tiga Parit menghala ke Beruas, tidak dapat mengelak daripada bertembung dengan sebuah van yang memasuki laluan bertentangan selepas hilang kawalan.

Beliau dalam kenyataan di sini berkata mereka yang cedera terdiri daripada dua penumpang kereta serta pemandu van, dan kesemua mereka telah dihantar ke Hospital Seri Manjung (HSM) untuk rawatan.

“Polis membuka kertas siaatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Siti Nor Athira Ramlan di talian 018-9702345 bagi membantu siasatan,“ katanya. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved