Dua Warga Indo Larikan Diri Dari Lokap Di Kuching, 100 Anggota Polis Dikerahkan Untuk Buru Mereka

14 Jun 2023 • 9:12 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Anggota Platun Harimau juga telah dikerahkan

Dua Warga Indo Larikan Diri Dari Lokap Di Kuching, 100 Anggota Polis Dikerahkan Untuk Buru Mereka. Dilaporkan seramai 100 anggota polis, termasuk anggota Platun Harimau Pasukan Gerakan Am, telah dikerahkan dalam usaha memburu dua warga Indonesia yang melarikan diri dari lokap balai polis di sini.

Difahamkan, kedua-dua lelaki Indonesia itu telah melarikan diri dari balai polis Tapah pada hari Isnin lalu.

image is not available
Dua Warga Indo Larikan Diri Dari Lokap Di Kuching, 100 Anggota Polis Dikerahkan Untuk Buru Mereka

Sekatan jalan raya telah dibuat

Menurut laporan, beberapa sekatan jalan raya telah dibuat di kawasan Padawan membabitkan anggota Balai Polis Beratok, Tapah, Siburan, Batu 10 dan Batu Kawa.

Semakan juga sedang dijalankan di daerah sempadan Kuching, Kota Samarahan, Bau, Lundu, Lubok Antu dan Sri Aman.

image is not available
Gambar sekadar hiasan.

Terdahulu, Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata polis memperluaskan radius pencarian dua warga Indo yang melarikan diri dari lokap balai polis Tapah iaitu Kelvin, 21, dan Bony, 31.

Seramai 100 anggota polis terlibat dalam ops tersebut, dengan bantuan unit K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Unit Dron dari Unit Udara PDRM.

image is not available
Kelvin (kiri) dan Bony. Kredit: The Borneo Post

Orang awam diseru memaklumkan kepada polis jika terserempak dengan suspek

Sementara itu, Mohd Azman menyeru orang awam supaya segera memaklumkan kepada polis jika mereka terserempak dengan kedua-dua suspek yang melarikan diri itu.

Kelvin dan Bony, kedua-duanya berasal dari Jawa Timur, ditahan atas kesalahan berkaitan imigresen pada 7 Jun lalu dan telah ditempatkan di lokap balai polis Tapah untuk tindakan lanjut. Namun, mereka berjaya melarikan diri sekitar jam 1PM pada hari Isnin lalu.

Lagi di sini: