Dua warga Indonesia ditahan tangkap hasil laut secara haram di Kapar

11 Jul 2026 • 8:57 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Dua warga Indonesia ditahan tangkap hasil laut secara haram di Kapar

SHAH ALAM, 11 JULAI: Dua warga Indonesia yang menaiki sebuah bot fiber ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor kerana disyaki menjalankan aktiviti menangkap hasil laut secara haram di perairan Kapar, malam semalam.

Pengarahnya, Kapten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata bot berkenaan dipintas kira-kira pukul 10.30 malam oleh kapal ronda APMM ketika melaksanakan rondaan rutin di bawah operasi penguatkuasaan di perairan Selangor.

Menurutnya, bot itu dikesan bergerak dalam keadaan mencurigakan pada kedudukan 0.8 batu nautika barat daya Sungai Sementa Besar, Kapar sebelum pemeriksaan dijalankan.

"Hasil pemeriksaan mendapati bot tersebut dikendalikan oleh seorang tekong berusia 32 tahun dan seorang kru berusia 23 tahun yang kedua-duanya merupakan warga Indonesia," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua suspek gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah, manakala tekong bot turut gagal menunjukkan lesen atau permit bagi menjalankan aktiviti penangkapan hasil laut.

"Kedua-dua suspek bersama bot fiber dan hasil tangkapan diiring ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat APMM untuk tindakan lanjut," katanya.

Abdul Muhaimin berkata, kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.

Beliau turut meminta orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan jenayah atau aktiviti mencurigakan di laut menerusi talian kecemasan 999 atau menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 013-660 6652 untuk tindakan segera.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved