“Duda aku spesis rare” – Cik Epal Bengang Bekas Suami Asyik ‘Merentan’

Entertainment
16 Oct 2024 • 9:02 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, bekas suami kepada pempengaruh Cik Epal iaitu Jofliam menerusi laman Instagram miliknya mengatakan bekas isterinya itu tidak menghormati tempoh iddah.

Ia susulan Cik Epal memuat naik tangkap layar di mana ada netizen mengatakan Cik Epal sesuai jika berjodoh dengan pelakon yang juga baru bercerai iaitu Fattah Amin.

Pun begitu, selepas ‘teguran’ dari Jofliam itu Cik Epal menerusi media sosialnya berkongsi di mana ada pengarah yang berminat untuk mengambilnya sebagai pelakon.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cik Epal (@cikepal06)

“Ada pengarah nak jadi kan aku pelakon lah cameo lah. Aku ok je nak accept. Brand yang nak ajak collab boleh je DM tapi aku akan beraksi after habis iddah ok.

Kang duda aku meroyan pulak cakap aku tak ada maruah. Lepas iddah aku mendonia,” tulisnya di kapsyen.

Selepas hantaran tersebut, Cik Epal memuat naik sebuah lagi hantaran yang berbunyi sindiran mengatakan bekas suaminya itu tidak seperti duda lain selain menegaskan dia hanya akan menerima apa-apa tawaran selepas tamat tempoh iddahnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cik Epal (@cikepal06)

“Jangan samakan duda aku dengan duda-duda lain. Duda aku spesis rare. Dia buat boleh, aku buat dia merentan. Macam harey. Jadi, aku decide, after iddah baru aku ambil apa-apa job,” tulisnya.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.