Duda anak satu mengaku guna kekerasan jenayah, cabul wanita dalam kilang

10 Aug 2026 • 12:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Duda anak satu mengaku guna kekerasan jenayah, cabul wanita dalam kilang
Tertuduh (tengah) tiba di mahkamah dengan kenderaan polis. Foto SINAR HARIAN/ADILA SHARINNI WAHID
Image from: Duda anak satu mengaku guna kekerasan jenayah, cabul wanita dalam kilang
Tertuduh (tengah) yang berdepan tuduhan mencabul seorang wanita. Foto SINAR HARIAN/ADILA SHARINNI WAHID
Image from: Duda anak satu mengaku guna kekerasan jenayah, cabul wanita dalam kilang
Tertuduh (tengah) dikawal ketat ketika berjalan menuju ke lokap. Foto SINAR HARIAN/ADILA SHARINNI WAHID

MACHANG – Seorang pekerja kilang berstatus duda anak satu mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin atas pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan seorang wanita minggu lalu.

Tertuduh, Muhammad Zamri Abdullah, 24, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Rais Imran Hamid.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap wanita berusia 22 tahun terbabit dengan bermaksud mencabul kehormatannya di sebuah kilang pengedar makanan dan minuman di Batu Jong di sini pada jam 1.40 petang, 3 Ogos lalu.

**media[3610591]**

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Hazim Aqiffullah Mohd Amran, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Norfaraliana Othman.

Pada prosiding itu, Ahmad Hazim menawarkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin, namun Norfaraliana memohon jumlah itu dikurangkan dengan alasan tertuduh hanya bekerja kilang dengan pendapatan RM1,700 sebulan dan mempunyai seorang anak kecil.

**media[3610596]**

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan syarat tidak menghampiri mangsa dan saksi pendakwaan.

Kes ditetapkan pada 11 Ogos ini untuk fakta dan hukuman.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved