PRN Melaka: Rundingan agihan kerusi belum bermula - Asyraf Wajdi

LocalPolitics
7 Aug 2026 • 2:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Melaka: Rundingan agihan kerusi belum bermula - Asyraf Wajdi
Dr Asyraf Wajdi (tengah) berswafoto dengan hadirin pada mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tanah Merah. Foto SINAR HARIAN/ADILA SHARINNI WAHID
Image from: PRN Melaka: Rundingan agihan kerusi belum bermula - Asyraf Wajdi
Dr Asyraf Wajdi merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tanah Merah 2026 di Dataran Mahsuri di sini pada Jumaat. Foto SINAR HARIAN/ADILA SHARINNI WAHID
Image from: PRN Melaka: Rundingan agihan kerusi belum bermula - Asyraf Wajdi
Dr Asyraf Wajdi (tengah) yang dikerumuni penyokong BN di Tanah Merah. Foto SINAR HARIAN/ADILA SHARINNI WAHID

TANAH MERAH – Sebarang rundingan berhubung pengagihan kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka masih belum dimulakan, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata, semua keputusan mengenai pembahagian kerusi hanya akan diputuskan selepas rundingan rasmi antara kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) diadakan.

“Prinsip asasnya sama seperti yang dilaksanakan pada PRN Negeri Sembilan, namun rundingan masih belum bermula.

“Biarkan dahulu kepimpinan kedua-dua parti berkenaan berbincang. Setakat ini belum ada keputusan, jadi jangan ada mana-mana pihak mendahului proses rundingan,” katanya.

**media[3607895]**

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tanah Merah 2026 di Dataran Mahsuri di sini pada Jumaat.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Wan Rakemi Wan Zahari.

Sebelum ini, akhbar melaporkan BN berhasrat mempertahankan semua 21 kerusi DUN yang disandang gabungan itu pada PRN Melaka tidak lama lagi.

Dalam perkembangan sama, ketika ditanya mengenai kerjasama antara UMNO dan Pas di empat negeri ditadbir PN, Asyraf Wajdi berkata, usaha itu diharap usaha jangka panjang dan perlukan sifat lapang dada daripada semua pihak.

Menurutnya, berdasarkan sentimen akar umbi termasuk ketika PRN Negeri Sembilan, rakyat mahu melihat orang Melayu tidak terus berpecah.

“Kami mahu beri isyarat kepada seluruh rakyat Malaysia jangan khuatir apabila parti-parti besar khususnya UMNO dan Pas ini bekerjasama kerana usaha sebenarnya akan menguatkan lagi politik di negara kita.

**media[3607896]**

“Apabila politik stabil, keharmonian dan kesejahteraan rakyat pelbagai kaum akan dapat dirasai.

“UMNO sebagai parti teras BN juga kekal komited mempertahankan semangat perkongsian bersama semua kaum sebagaimana yang dibina untuk meraih Kemerdekaan dulu,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved