Duduk atas ‘lombong emas’ minyak dan gas

LocalBusiness & Finance
8 Jul 2025 • 11:49 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sherell Jeffrey

Kota Kinabalu: Sabah kini berada di atas ‘lombong emas’ hidrokarbon minyak dan gas yang berpotensi menjadikannya pusat tenaga baharu Malaysia sekali gus menjanjikan ribuan peluang pekerjaan serta pelaburan bernilai berbilion ringgit kepada negeri ini.

Penceramah panel jemputan pada Sesi Plenari Eksekutif Persidangan dan Pameran Minyak, Gas dan Tenaga Sabah 2025 (Sogce) baru-baru ini berasa teruja dengan masa depan Sabah.

“Saya sangat teruja mendengar penemuan Blok 3K yang berpotensi sebesar KK atau malah GK,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Yinson Energy Datuk Mohamed Sabri Mohamed Zain merujuk kepada kompleks minyak utama sedia ada di Malaysia.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Kerana ini di perairan dalam dan membuka peluang kepada syarikat seperti Yinson untuk membangunkan pangkalan laut dalam dan 2,000 meter adalah sesuatu yang kami mampu laksanakan,” katanya.

Untuk makluman KK merujuk kepada Kompleks Minyak dan Gas Kinabalu iaitu sebuah kompleks minyak dan gas yang beroperasi di Malaysia manakala GK merujuk kepada medan laut dalam Gumusut-Kakap yang juga terletak di perairan Sabah.

Penemuan ini bukan sekadar rizab minyak ia menandakan kemunculan Sabah sebagai pemain serius dalam industri tenaga Malaysia khususnya dalam operasi laut dalam yang mencabar dan memerlukan teknologi serta kepakaran canggih.

Apa yang menjadikan transformasi Sabah lebih ketara ialah bagaimana perancangan strategik beberapa tahun lalu kini membuahkan hasil.

“Lebih lima tahun lalu saya terlibat dalam pembangunan Pelan Induk Gas Sabah. Jadi itulah yang memulakan projek ZLNG,” kata Naib Presiden Kanan Aset Malaysia merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Carigali Sdn Bhd Hazli Sham Kassim.

“Saya gembira memaklumkan bahawa projek itu sudah bermula... insya-Allah pada 2027 nanti kita akan dapat melihat bayangan pelantar terapungnya,” katanya.

Strategi Gas Sabah yang komprehensif ini adalah usaha bersama antara Petronas, syarikat tempatan Sabah Energy Corporation (Sec) dan SMJ Energy (SMJE) menunjukkan bagaimana perkongsian strategik dapat membuka potensi yang besar.

Sesi Plenari Eksekutif Sogce turut mencabar andaian lazim mengenai pembangunan tenaga dengan mempromosikan konsep pengembangan tenaga berbanding hanya menggantikan satu sumber tenaga dengan yang lain.

“Sejak 100 tahun lalu arang batu masih wujud. Kita tidak pernah menghentikan mana-mana sistem tenaga. Jadi ia mesti tentang pengembangan tenaga,” kata Hazli.

“Kalau kita lihat negara-negara di dunia kini ada hampir 200 negara. Dua puluh peratus daripadanya adalah negara maju dan mereka menggunakan kira-kira separuh daripada tenaga primer yang dibekalkan dunia.

“Jadi bayangkan sekiranya semua negara ini menjadi negara maju permintaan tenaga akan semakin meningkat,” katanya.

Pandangan ini menunjukkan betapa besarnya keperluan tenaga di peringkat global dengan bahan api fosil masih menyumbang lebih 80 peratus daripada penggunaan tenaga dunia walaupun pembangunan tenaga boleh diperbaharui telah berlangsung selama beberapa dekad.