Duduk Atas Penutup Perigi, Pelajar Terjatuh 5.5 Meter Berzikir Tunggu Diselamatkan

26 Apr 2026 • 1:17 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun dari sebuah sekolah menengah agama di Wakaf Bharu cedera di kepala selepas terjatuh ke dalam perigi sedalam 5.5 meter di perkarangan sekolah, pagi tadi.

Mangsa duduk atas penutup perigi sebelum tiba-tiba runtuh

Memetik laporan daripada Berita Harian, kejadian tersebut berlaku sekitar jam 8.30 pagi apabila mangsa dikatakan duduk di atas penutup perigi yang hanya diperbuat daripada kepingan konkrit nipis sebelum ia tiba-tiba runtuh.

image is not available

Kepala cedera terhantuk perigi

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wakaf Bharu, Azmi Sulaiman menyatakan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.12 pagi.

“Sebaik tiba, kami melihat pelajar itu dalam perigi dengan kedalaman 5.5 meter dan air di paras pinggang mangsa.
“Sementara menunggu bantuan tiba, dia (mangsa) dalam keadaan sedar dan berzikir manakala kepalanya juga cedera mungkin terhantuk perigi.
“Mangsa dinaikkan menggunakan tali serta tangga dan operasi menyelamat mengambil masa kurang 40 minit,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

image is not available

Tukang kebun gagal bantu

Difahamkan, mangsa yang bakal menduduki ujian pada jam 11 pagi itu berada di lokasi bersama rakan sebelum insiden berlaku.

Menurut Azmi lagi, usaha awal menyelamat turut dilakukan oleh tukang kebun sekolah namun tidak berjaya.

“Tukang kebun hanya dapat sampai separuh telaga kerana berasa sesak nafas sebelum naik semula dan menghubungi Bomba,” katanya.

image is not available

 

Sumber: Berita Harian (Siti Rohana Idris)

The post Duduk Atas Penutup Perigi, Pelajar Terjatuh 5.5 Meter Berzikir Tunggu Diselamatkan appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved