Duduk Bersebelahan Di Konsert TokTi, Hubungan Amelia Henderson Dan Anak Datuk K Jadi Tanda Tanya

LocalEntertainment
16 Aug 2024 • 12:22 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
amelia henderson

Baru-baru ini, tular perkongsian menantu Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) iaitu Tya Ariffin ketika menghadiri konsert Datuk Siti Nurhaliza iaitu ‘Cinta Di Awan’ di Genting Highland, Pahang.

Video itu merakam reaksi anak-anaknya iaitu Ara dan Arif ketika pertama kali menonton persembahan nenek mereka, Umi Iti. Terlopong mulut dibuatnya!

Dua beradik itu juga terhibur melihat gelagat Aafiyah dan Afwa yang berada di pentas bersama Umi Iti.

@tyaarifinnw

Reaction Ara & Arif bila 1st time datang ke concert umi iti @Siti Nurhaliza mereka Terkesima mereka ya #fyp #cultureshock #sitinurhaliza #tyaarifin #ctdk #asyrafkhalid

♬ Stealthy mischief(1088178) – KBYS

Di ruangan komen, mata netizen lebih tertumpu kepada kelibat selebriti jelita, Amelia Henderson yang berada di sebelah anak bongsu Datuk K iaitu Aazief.

Rata-rata netizen meluahkan rasa teruja jika kedua-dua individu itu sedang mengenali hati budi masing-masing kerana mereka sesuai bersama.

image is not available

image is not available

image is not available

Lagi menguatkan sangkaan mereka apabila Tya membalas komen salah seorang pengikut dengan emoji berbentuk hati.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: TikTok @tyaarifinnw