Duduk Bersebelahan Di Pawagam, Ariel Noah & Wulan Guritno Bercinta?

27 Mar 2025 • 2:43 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Vokalis Noah, Ariel diterpa isu peribadi apabila didakwa sedang menjalin hubungan asmara bersama pelakon cantik, Wulan Guritno.

Kisah keakraban mereka didakwa sudah mula dihidu sebelum ini namun kehadiran Ariel ke majlis pelancaran filem lakonan Wulan, Norma Antara Menantu dan Mertua baru-baru ini memperkuat gosip keduanya sedang mempunyai hubungan istimewa.

Selain hadir memberi sokongan, Ariel, 44, dilihat mesra dan duduk bersebelahan Wulan, 44, sewaktu tayangan filem yang diangkat dari kisah benar itu.



Ariel juga tidak lokek memberi pandangan terhadap filem arahan Guntur Soeharjanto itu, lapor InsertLive.



Selepas melihat video duda anak satu dan janda itu dinafikan media sosial, ramai warganet membuat spekulasi mengenai hubungan mereka.

“Saya curiga hubungan Ariel dan Wulan Guritno. Dia sudah beberapa kali dilihat bersama Wulan,” dakwa seorang pengguna media sosial.


“Ariel dan Wulan sepadan. Semoga mereka berjodoh,” tulis seorang yang lain pula.



Sebelum gosip bercinta dengan Wulan muncul, Ariel sudah banyak kali didakwa menjalin hubungan dengan beberapa wanita namun semuanya ditepis vokalis itu.



Wulan yang memiliki tiga anak pula pernah menjalin hubungan dengan lelaki berusia 26 tahun pada 2022 silam.

View Original Article