“Duduk dengan family dia, apa saja aku pendam” – Isteri Pempengaruh Dakwa Rumah Tangga Goyah?

LocalFamily & Parenting
5 Nov 2025 • 3:37 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Rumah tangga pasangan personaliti media sosial, Bengah dan Cik Bunga didakwa kini bergolak setelah Cik Bunga membuat perkongsian yang menjadi sorotan netizen di media sosial.

Dalam hantaran yang dibuat oleh Cik Bunga, dia meluahkan rasa tidak dihargai dan sedang menghadapi tekanan emosi setelah menetap di rumah keluarga mentua.

 

“Jahat mulut burukkan aku masa live”

image is not available
image is not available

Hantaran yang dibuat itu menunjukkan perbualan Whatsapp yang menjadi punca kekecewaan Cik Bunga. Biarpun ianya tidak ditujukan secara langsung, ramai yang memberi anggapan bahawa ia merujuk kepada hal-hal rumah tangganya bersama Bengah.

Luahan itu membuatkan ramai mula berspekulasi memandangkan pasangan ini sering menunjukkan kebahagiaan mereka di media sosial.

image is not available

“Bila aku reda duduk sekali dengan family dia apa saja mereka buat aku pendam aku diam sorang-sorang.”

“Apa yang tak pernah kau buat pada aku?? Kau suka kan benda ni jadi? Kau yang jahat mulut burukkan aku itu ini dalam live!! Hidup aku musnah! Rumah tangga aku hancur! Apa lagi kau nak pertahankan??”

image is not available

Ramai para pengikutnya memohon agar kedua-duanya boleh menyelesaikan persengketaan ini dengan tenang dan menasihati tentang batas privasi rumah tangga, memandangkan mereka sering menjadi perhatian ramai di platform media sosial.

Sumber: Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.