Duduk Di Tengah Jalan, Wanita Ini Cetus Kebimbangan Ramai

27 May 2026 • 12:10 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Duduk Di Tengah Jalan, Wanita Ini Cetus Kebimbangan Ramai

KUALA LUMPUR - Seorang Wanita menimbulkan kegusaran ramai apabila dilihat duduk di tengah jalan di Lebuhraya Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Aksinya dapat disaksikan dengan jelas dalam sebuah video yang tular di media sosial. 

Menerusi video tersebut, dia dilihat duduk di laluan kenderaan sebelum beberapa pengguna jalan raya tampil cuba membantu dan mengawal keadaan, bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Insiden terbabit turut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen di ruangan komen.

Ada yang mendakwa wanita berkenaan mungkin mengalami tekanan emosi atau masalah peribadi lain, manakala ada juga yang menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi tanpa mengetahui keadaan sebenar.

Ramai juga berharap pihak berkuasa serta ahli keluarga individu terbabit dapat tampil membantu demi memastikan keselamatan wanita itu dan menyelesaikan situasi berkenaan. 

Video wanita tersebut boleh disaksikan menerusi pautan https://www.facebook.com/share/r/17fdUAV7za/?mibextid=wwXIfr - Getaran, 27 Mei 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved