“Duduk flat selera kondo” – Bengang ‘Parking’ Kena ‘Cop’, Individu ‘Sound’ Wanita Ini

Entertainment
9 Oct 2023 • 1:29 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Isu ‘cop’ parking sudah lama berlaku lebih-lebih lagi di kawasan perumahan yang terbuka dan tidak mempunyai tempat letak kereta yang mencukupi.

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok, @aidilxlanun memuat naik video rakaman dashcam memaparkan individu yang ‘cop’ parkir di kawasan perumahan flat.

@aidilxlanun

dduk flat selera condo cop2 parking #fyp #malaysia

♬ Malampagi – Saixse

Ketika itu, dia sedang mencari parkir yang kosong sehinggalah sebuah kereta berwarna hitam sedang keluar dari salah satu petak parkir di kawasan itu. Sebaik sahaja dia mahu masuk ke petak itu, seorang wanita telah turun dari keretanya untuk mengalihkan semula tong yang digunakan sebagai alat ‘cop’ parkir itu.

Bengang dengan tindakan itu, lelaki ini ‘sound’ individu tersebut dan berkata petak parkir itu tidak boleh di’cop’ oleh sesiapa walaupun memiliki rumah di kawasan itu.

Tanpa mempedulikan kata-kata lelaki ini,dengan selambanya wanita tersebut meletakkan tong yang dipegang dan ingin masuk semula ke dalam kereta. Sebelum dia beredar, lelaki itu sempat ‘sound’ sekali lagi wanita ini.

Lain kali duduk kondo ada parking sendiri. Jangan duduk flat cop cop parking macam ni.

Akur dengan tindakan individu itu, lelaki ini membiarkan sahaja parkir itu di’cop’ oleh wanita tersebut.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa yang sama ketika hendak parkir di kawasan perumahan flat seperti itu.

image is not available

image is not available

image is not available

Mengikut Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987, individu yang sengaja ‘cop’ parking boleh dikenakan denda maksimum RM2,000 atau dipenjara tidak lebih 7 bulan dan jika kesalahan itu berulang kali kedua atau lebih; individu itu akan dikenakan denda maksimum RM4,000 atau dipenjara tidak lebih 12 bulan atau kedua-duanya.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.