Duduk PPRT Tapi Hias Rumah Macam Kondo T20, TikTokers Dikecam Segelintir Netizen – “Saya Simpan Rapi Kisah Ini..”

22 Aug 2023 • 10:56 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang TikTokers yang dikenali dengan ‘content’ menghias rumah dikecam gara-gara menetap di flat Program Perumahan Rakyat (PPRT) namun gaya hidupnya seperti orang berpendapatan tinggi (T20).

Syamimia sebelum ini dikecam dan dipersoal sesetengah netizen kerana ‘lifestyle’ yang ditunjukkan seperti tidak selari dengan gaya hidup orang yang duduk di rumah PPRT.

image is not available

Sumber : Twitter  

 

Maklum mengenai kecaman itu, Syamimia tampil membuka mulut di mana dia memaklumkan bahawa rumah tersebut adalah peninggalan arwah ibunya sebelum meninggal dunia.

Ummi baru beberapa bulan beli rumah ini dan tiba-tiba meninggal dunia. Saya cari kerja untuk bayar semua hutang Ummi termasuk habiskan bayaran rumah di usia saya 20 tahun, seorang diri di KL.

Ujarnya, dia tidak gemar menceritakan hal peribadi namun terpaksa tampil memberikan penjelasan agar tiada salah faham dan menepis fitnah yang kononnya dia ‘mengambil’ hak orang miskin.

image is not available

Sumber : Twitter  

Sangat banyak jumlah (hutang) tapi sebelum memiliki rumah ini, saya perlu ‘ditemuduga’ oleh tuan hakim bagi membuktikan umur 20 tahun boleh tak uruskan rumah ini.

Alhamdullilah, saya dapat selesaikan di usia muda dan rumah ini diberikan kepada saya kerana saya dapat melunaskan baki. Ini salah satu impian cara saya buat arwah Ummi happy sebab dia pun suka rumah cantik.

Sekadar info, Syamimia yang dibesarkan oleh ibu tunggal kelainan upaya yang cacat penglihatan pernah menarik perhatian ramai suatu ketika dahulu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 24 hours ago

"Dah Merdeka Tapi Minda Masih Dijajah" - Anak Tak Menang Pertandingan Baju Kemerdekaan, Bapa Pertikai 'Ilmu' Juri