Duduki Tempat Ke-8 Carta Lagu Tertinggi, Penonton Nak ECLIPSE Muncul Di Acara Muzik

Music
14 May 2024 • 3:06 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Dengan populariti berterusan “Lovely Runner”, kumpulan fiksyen ECLIPSE turut mencapai kejayaan dengan lagu-lagu mereka.

Menurut carta Melon, lagu “Sudden Shower” telah menaiki carta dan menduduki tempat ke-8 dalam carta 100 lagu terbaik. Manakala, satu lagi lagu mereka iaitu “Run Run” menduduki tempat ke-76.

Kejayaan yang tidak dijangka ini turut mengejutkan agensi Byun Woo-seok, yang seterusnya memuat naik gambar carta itu di akaun Instagram rasmi mereka.

Kini, rata-rata peminat dan penonton ingin melihat kumpulan fiksyen yang diangotai oleh Byun Woo-seok, Lee Seung-hyub N.FLYING, Moon Xion dan Yang Hyuk untuk membuat kemunculan di acara muzik.

image is not available

Komen mereka,

  • Mereka kena buat kemunculan dekat anugerah muzik Melon hujung tahun nanti!
  • Tolong la muncul dekat ‘M Countdown’!
  • Kedudukan mereka lagi tinggi dari kumpulan idola saya.
  • Jom buat mereka duduki tempat pertama pula!
  • Tak terkejut sebab semua lagu mereka sangat menyeronokkan!
  • tvN dah boleh buat konsert jelajah ECLIPSE.

Tahniah buat ECLIPSE!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved