Duet bersama bapa, Ira Kazar terharu – “Salah satu memori bersama ayah”

LocalEntertainment
30 Oct 2024 • 10:03 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Ira Kazar terharu apabila mendapati ada peminatnya yang telah mengambil rakaman dia sedang menyanyi duet bersama bapanya, Kazar Saisi.

Menerusi satu hantaran di TikTok, sifootselow telah memuat naik satu video memaparkan Ira berduet dengan bapanya menyanyikan lagu milik Kazar iaitu Memburu Impian.

Ira Kazar terharu ada video duet dengan bapa

@sifootselow

Jalan Ira Kazar agak berliku, semoga dipermudahkan segala urusan.

♬ original sound - AkuSiput - AkuSiput

“Jalan Ira Kazar agak berliku, semoga dipermudahkan segala urusan,” kata individu yang memuat naik itu di ruangan kapsyen.

Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin telah menemui video tersebut dan meluahkan rasa kegembiraan atas video tersebut.

Ucap terima kasih, Ira Kazar terharu

image is not available

Pada masa yang sama, pelakon berusia 29 tahun itu itu berkata video itu menjadi salah satu memori terindah buat dirinya dan bapa.

image is not available

“Terima kasih untuk video ini. Salah satu ciptaan memori bersama ayah tercinta saya,” tulis Ira di ruangan komen.

Sementara itu, tinjauan di ruangan kapsyen turut mendapati ramai warga maya yang mendoakan agar Ira diberikan kekuatan dan dipermudahkan urusannya.

Semoga diberikan kesihatan yang baik2

image is not available

Biarkan apa orang nak cakap

image is not available

Dalam pada itu, ramai juga warganet yang memuji suara Ira dan bapanya sedap disamping turut menyatakan mereka suka mendengar nyanyian mereka.

Sedap je suara Ira

image is not available

image is not available

Terbaik!

image is not available

Sedap suara Ira

image is not available

Mana tumpah kuah kalau tak ke nasi

image is not available

Selain itu, terdapat juga netizen yang memuji Kazar kerana tetap mempertahankan anaknya walaupun tohmahan dan cacian yang keluarga mereka terima.

Pengorbanan ayajh tiada penghujung

image is not available

Kasih sayang ayah tiada penghujung

image is not available

Ayah mana tak sedih tengok anak sedih

image is not available

Sekadar info, Ira telah mendirikan rumah tangga bersama pengarah dan pelakon Syamsul Yusof pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

Bagaimanapun, pasangan itu sah bercerai pada 29 Ogos lalu selepas Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor mengesahkan wujudnya lafaz cerai taklik yang dilafaz oleh Syamsul terhadap Ira.

Sumber: TikTok sifootselow