Netizen Puji Suara Ira Kazar Nyanyi Lagu Allahyarham Siti Sarah

EntertainmentMusic
29 Oct 2024 • 8:09 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Netizen memuji aksi berani Ira Kazar menyanyikan lagu hit “Jangan Kau Mimpi” nyanyian Allahyarham Siti Sarah Raisuddin ketika menghadiri majlis pelancaran produk terbaru Anthon’s Leather oleh Datuk Seri Alif Syukri di Petaling Jaya.

Ira, yang tampil serba hitam, memukau hadirin dengan vokal dan keyakinannya di pentas, menghiburkan para penonton sambil menunjukkan bakat nyanyian yang tidak ramai tahu.

Suara merdu Ira Kazar dipuji netizen…

Di TikTok, perkongsian video Astro Gempak memaparkan nyanyian dan tarian ceria Ira, yang mendapat pelbagai pujian daripada netizen.

Ramai mengakui bahawa bekas isteri kepada pelakon Syamsul Yusof ini memiliki bakat nyanyian yang boleh diketengahkan.

Ira Kazar hiraukan segala kecaman…

Menurut Ira, walaupun sering menjadi sasaran kritikan, dia sudah terbiasa dan mengambil pendekatan untuk tidak peduli. Bagaimanapun, Ira mengaku hatinya terguris apabila bapanya, Kazar Saisi, turut menjadi sasaran kecaman.

Saya tak kisah orang nak cakap apa fasal saya, tapi bila orang kutuk ayah, memang saya sangat terkesan.- Jelas Ira.

Single terbaru “Tak Kisah” segera dilancar…

Dalam pada itu, Ira juga bakal melancarkan single baharu berjudul “Tak Kisah” yang menceritakan sikapnya untuk tidak ambil pusing terhadap perkara negatif yang melanda.

#OhmediaNasihat

Hidup ini terlalu singkat untuk sibuk dengan kecaman orang. Jadilah diri sendiri dan teruskan melangkah.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Astro Gempak