“Duit baik bagi kepada pusat asuhan” – Abdul Hadi Sanggup Masuk Penjara Daripada Bayar Denda

Entertainment
13 Sep 2023 • 4:43 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa beliau sanggup dipenjarakan daripada membayar denda seandainya didapati bersalah atas ucapannya sebelum ini.

Tambah Ahli Parlimen Marang itu lagi, seeloknya wang itu diberi kepada Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) daripada membayar denda.

“Saya sedia menunggu untuk dipenjarakan oleh mahkamah dan saya sedia dihukum. Tidak tahu dihukum sama ada penjara atau denda. Saya pilih penjara, saya tak mahu bayar denda. Daripada bayar denda, baik beri kepada Pasti.”

“Kalau dihukum, saya dah tak layak jadi Ahli Parlimen… Akan ada pilihan raya kecil Arau (Datuk Seri Shahidan Kassim) boleh bertanding di Marang.”

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilapor ada mengatakan siasatan terhadap Abdul Hadi kini sedang dijalankan berhubung dengan kenyataannya yang telah mempertikai kuasa Lembaga Pengampunan sudah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.

Ia susulan dengan ceramah di markas parti itu di Bakri, Muar, Johor bulan lalu dan disiasat mengikut Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

image is not available

Selain itu, Abdul Hadi turut menjawab celahan Shahidan yang bertanya hukum melepas tanpa membebaskan dalam perundangan Islam. Menurutnya, di dalam akidah Islam, hanya mempunyai dua mahkamah iaitu dunia dan akhirat.

Tambahnya, Islam meletakkan orang yang dituduh tidak bersalah sehingga dibuktikan, namun mereka perlu dibicarakan kerana tiada konsep melepas dan membebaskan (DNAA) dalam kehakiman Islam.

Sumber : Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.