Duit raya RM700 untuk penjawat awam Kelantan

LocalPolitics
21 Mar 2023 • 12:44 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ahmad Yakob - Foto fail Bernama

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan mengumumkan pemberian bonus RM700 kepada semua kakitangan awam pentadbiran negeri itu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, ‘duit raya’ tersebut turut akan diberikan kepada kakitangan lantikan politik di negeri berkenaan.

Selain itu, katanya, penghulu di Kelantan turut menerima kenaikan elaun.

“Kerajaan negeri bersetuju untuk menaikkan elaun penghulu daripada RM1,100 kepada RM1,500,” katanya sebelum menutup Persidangan Keempat Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-14 di sini pada Selasa.

Beliau dalam pada itu menzahirkan ucapan tahniah kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang membawa permasalahan di tempat masing-masing ke persidangan itu.

“Menjadi tugas dan tanggungjawab kita untuk berkhidmat dan semua permasalahan akan diberikan perhatian.

“Saya mengucapkan terima kasih atas penat lelah dan susah payah. Semoga diberikan ganjaran oleh ALLAH SWT,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved