Kelantan beri bantuan raya RM700 kepada penjawat awam

LocalPolitics
21 Mar 2023 • 12:48 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KOTA BHARU: Kelantan hari ini mengumumkan pemberian bantuan raya RM700 kepada penjawat awam dan lantikan politik di negeri itu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob (gambar) berkata bantuan itu akan diberikan kepada semua penjawat awam berkenaan tidak lama lagi sebagai persediaan menyambut raya.

“Saya juga ingin menyatakan di sini bahawa untuk Aidilfitri kali ini kita sediakan RM700 kepada semua penjawat awam, sama juga kita beri kepada lantikan politik sebagaimana amalan biasa,“ katanya ketika mengumumkan perkara itu pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Darulnaim, hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri juga bersetuju menaikkan elaun penghulu daripada RM1,100 kepada RM1,500. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved