Duit RM12K ‘Lesap’, Along Cham Bercadang Buat Laporan Polis Ke Atas Bekas Isteri – “Harap Boleh Dapat Balik Hak Saya”

EntertainmentPolitics
1 Oct 2025 • 11:32 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan Harian Metro, pelawak, Along Cham bercadang mahu membuat laporan polis terhadap bekas isteri, Afreena susulan kes kehilang duit miliknya.

Mahu buka balik kes duit dicuri RM12k

Menurut Along atau nama sebenar, Muhammad Nizamuddin Ahmad, sebelum ini dirinya ada membuat laporan polis berkaitan duit sebanyak RM12,000 dicuri oleh bekas isteri tetapi ia diklasifikasikan sebagai NFA (tiada tindakan lanjut).

Ini kerana (DPP) Timbalan Pendakwa Raya maklum bahawa hubungan kami (dengan Afreena) masih suami isteri. Ketika itu, dia kata isteri, jadi boleh ambil duit suami. Jadi selepas ini, mungkin saya boleh buat laporan semula kerana kami sudah disahkan bercerai sejak Jun tahun lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ᗩᒪOᑎG ᑕᕼᗩᗰ (@alongcham)

Kata Along lagi, dia berharap dapat mendapat balik haknya susulan talak jatuh sebelum dirinya ditahan (kes dadah) dan memberi kelegaan kepada pelawak itu untuk membuka semula kes.

“Tak sangka begini jadinya..”

Saya gagal mengemudi rumah tangga saya yang baru ini. Saya ambil masa lama iaitu kira-kira lapan tahun sebelum buat keputusan untuk kahwin semula tetapi tak sangka begini jadinya.

Dalam pada itu, Afreena sewaktu ditemubual oleh pihak media berkata dirinya tidak menyimpan dendam terhadap Along dan mendoakan yang terbaik buat bekas suami.

image is not available 2025-09-30 19:29:59

Afreena Bersumpah Tiada Lafaz Rujuk Berlaku, Doakan Yang Terbaik Buat Along Cham - "Nak Berkawan Pun Saya Tiada Masalah"