Pelancong Thailand Dakwa Polis Indonesia Abai Laporan Telefon Hilang, Siap Layan Filem Di Balai

1 Oct 2025 • 3:03 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Datang ke balai polis untuk membuat laporan kehilangan telefon, namun pulang dengan kekecewaan. Itulah dakwaan seorang pelancong Thailand, yang dikenali sebagai Jenbiverse, tentang layanan polis Indonesia.

Menurut perkongsiannya di media sosial X @jenbiverse, dia mendakwa terpaksa menunggu hampir sejam di balai polis tanpa seorang pun pegawai datang membantu.

Lebih mengejutkan, beberapa anggota polis yang berada berhampiran didakwa hanya leka menonton filem di komputer.

image is not available

“Maaf nak cakap, tapi polis di Indonesia memang langsung tak berguna. Saya berada di balai polis selama sejam, tetapi tiada seorang pun pegawai datang bercakap dengan saya.

“Malah polis yang duduk berhampiran saya pun rileks ja menonton filem, apa benda ni ,” tulisnya.

Hantaran yang telah cecah 8 juta tontonan itu segera mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan warganet, khususnya rakyat Indonesia sendiri kerana ada yang berasa tersinggung dengan kenyataan itu, namun tidak kurang juga yang memahami kekecewaan dialami pelancong terbabit.

Menyedari kekecohan yang tercetus, Jenbiverse kemudiannya tampil memohon maaf atas kata-kata yang dianggap keterlaluan.

image is not available

Foto: X @jenbiverse

Walaubagaimanapun, dia tetap berpegang pada pendiriannya bahawa pengalaman yang dilaluinya benar-benar berlaku, malah turut berkongsi butiran lanjut mengenai situasi yang dialami ketika itu.

Kejadian ini sekali lagi membuka perbincangan tentang tahap kecekapan serta profesionalisme pihak berkuasa, terutama dalam memberikan layanan kepada pelancong asing yang memerlukan bantuan.

image is not available

Foto: X @jenbiverse

Sebagai anggota polis, keutamaan seharusnya sentiasa diberikan kepada keselamatan serta kebajikan orang awam, serta setiap laporan yang dibuat bukan sekadar aduan, tetapi satu amanah dan tanggungjawab yang perlu ditunaikan dengan penuh integriti.

Sumber: X @jenbiverse