‘Dulu 4-5 views, sejak anjur Siput Sedut Race lebih 30K views’

LocalEntertainment
23 Aug 2024 • 9:42 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

image is not available

Perlumbaan siput sedut telah menjadi satu fenomena yang tidak dijangka di Malaysia, menarik perhatian ramai dengan keunikan dan hiburannya.

Semuanya bermula dengan seorang TikToker yang dikenali sebagai Ash (@tansri_ash), yang kini dikenali ramai kerana perlumbaan siput sedut yang dianjurkannya secara langsung di TikTok.

Kebetulan atau takdir?

Menurut perkongsian daripada seorang wanita bernama Mimie Mizah, Ash yang sering membuat siaran langsung untuk menjual pelbagai produk, biasanya hanya mendapat 4-5 penonton sahaja. Namun, segalanya berubah apabila seorang individu datang meminta tolong Ash untuk membeli siput sedut sebanyak 20 ekor.

“Semuanya berlaku tanpa dirancang. Orang kata kebetulan tapi sebenarnya taqdir Allah,” kata Mimie.

Tanpa mengetahui apa yang perlu dilakukan dengan siput tersebut, Ash tetap membeli untuk membantu individu tersebut.

Ketika sedang meneruskan siaran langsung, Ash meletakkan siput-siput tersebut di atas meja tanpa mengikat plastiknya. Penonton yang melihat siput-siput itu merayap ke sana sini mula memberikan komen seperti “Bang, siput nak jatuh” dan “Bang, siput menyorok”.

Ash kemudian meletakkan siput-siput tersebut di atas meja dan secara tidak sengaja, siput-siput itu mula bergerak seperti sedang berlumba. Penonton mula memberikan komen yang lebih rancak mengenai siput berbanding produk yang dijual oleh Ash.

Siput Sedut Race menjadi fenomena

Melihat sambutan yang positif dari penonton, Ash memutuskan untuk menjadikan perlumbaan siput sedut ini sebagai satu acara yang santai. Setiap siput sedut yang bertanding diberikan nama dan mewakili negeri-negeri di Malaysia, menjadikan perlumbaan ini lebih menarik dan menghiburkan.

Perlumbaan ini telah menarik perhatian ramai dengan lebih 20,000 tontonan dan hadiah yang diterima semasa siaran langsung mencecah beratus ribu.

“Gift yang dapat cecah beratus ribu setiap kali live. Asbab dari menolong seorang hamba Allah, mencurah rezeki buat dia,” ujar Mimie.