“Dulu Adalah..” – 17 Tahun Menduda, Mamat Exist Terbuka Hati Cari Isteri Baru

LocalEntertainment
27 Feb 2026 • 4:03 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Penyanyi Mamat Exists memaklumkan dirinya kini bersedia untuk kembali mencari pasangan hidup selepas 17 tahun bergelar duda.

Menurut Mamat, 48, kehidupannya kini lebih stabil dan dia terbuka menerima kehadiran insan baharu selepas sekian lama memberi fokus kepada pemulihan diri.

Advertisement
View this post on Instagram

“Saya sedang mencari jodoh, sebenarnya kalau ikutkan padal jodoh ni… Dulu adalah.”

“Tapi itulah nak jaga diri sendiri pun susah macam mana nak jaga anak orang. Sekarang ni baru nak tersedar. Orang kata sudah terhantuk baru terngadah.”

“Tak nak ceritalah mengenai hal itu, malulah, no komen,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis berbuka puasa dan sidang media Konsert Ijmal Cinta Ramadan di Restoran Saloma, pada Khamis.

View this post on Instagram

Dalam masa sama, Mamat menjelaskan soal jodoh bukan hanya melibatkan dirinya semata-mata, sebaliknya perlu mengambil kira pandangan anak-anak agar tidak timbul sebarang salah faham.

“Sudah berpuluh tahun saya bergelar duda. Saya mula menjadi duda sejak anak saya, Aleeya Mysara berumur tujuh tahun, saya bercerai.”

“Sekarang umurnya sudah sudah 24 tahun, 17 tahun saya menjadi bujang. Tapi itulah, kalau kita buka hati untuk mencari jodoh pun, kita kena tanya anak-anak juga.”

“Takut anak-anak tak setuju pun susah juga. Tapi kalau dia sayang bapa dia, no problem jalan terus. Jadi untuk anak-anak, saya nak cari jodoh,” katanya sambil ketawa.

Untuk rekod, Mamat pernah mendirikan rumah tangga dengan Marshila Mustapa Kamal pada 2001 sebelum bercerai pada 24 Februari 2009. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aleeya Mysara, Mohd Eiki Daniell dan Dylea Mysara.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2026-02-27 09:14:25

"Korang Ni Menekan Betul, Saya Tak Suka Orang Mengatur Hidup Saya" - Que Haidar

The post “Dulu Adalah..” – 17 Tahun Menduda, Mamat Exist Terbuka Hati Cari Isteri Baru first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.