Dulu Beratur Sekarang ‘Sepi’, Pemilik Nachos Viral Sedih Kini Tiada Pengunjung – “Beli Sekali Tapi Tak Repeat..”

LocalFood
24 Feb 2025 • 12:11 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, pemilik makanan nachos viral kongsikan keadaan terkini perniagaannya yang kelihatan amat berbeza jika hendak dibandingkan dengan sebelum ini.

Nachos viral kini tiada pengunjung?

Dapat dilihat dalam video yang dimuat naik, peniaga tersebut memaparkan keadaan kedai sebelum ini yang sering dikunjungi pelanggan, hingga ada yang sanggup beratur ketika hujan lebat dan keadaan kedai sekarang yang sudah ‘sepi’, tiada pelanggan.

Kini dirinya hanya ditemani kereta yang parkir di kawasan berkenaan tanpa ada pelanggan yang membeli.

Biarpun kapsyen hanya ditulis ‘masa viral vs sekarang’, tapi boleh dikatakan peniaga nachos viral itu berasa sedih melihat keadaan gerainya yang kini sudah tidak ada pengunjung membeli.

Realiti makanan viral

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen merasakan ia perkara normal, di mana sesuatu makanan yang viral akan tidak dikunjungi lagi oleh pelanggan kerana mereka hanya bersikap ‘fomo’ (tidak mahu ketinggalan).

image is not available

image is not available

image is not available 3 months ago

"Ciputnya Daging, Sedih Tengok.." - Sebelum Ini Maggi Malam RM15 Dipertikai, Kali Ini Nachos RM15 Pula Jadi Bualan Ramai