Dulu BKJ kena kutuk, sekarang BAP pun guna kaedah bersemuka! -Sindir Onn Hafiz

LocalPolitics
27 Nov 2026 • 3:33 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyindir pihak yang sebelum ini mengkritik kaedah penyerahan Bantuan Kasih Johor (BKJ) secara bersemuka, namun pendekatan sama kini digunakan dalam pelaksanaan Bantuan Awal Persekolahan (BAP).

Bersemuka bukan kaedah yang baru

Memetik laporan daripada Sinar Harian, Onn Hafiz menyatakan, kaedah berkenaan bukanlah sesuatu yang baharu, malah beberapa wakil rakyat termasuk dari kawasan Senai dan Simpang Jeram sebelum ini turut bersama-sama menyampaikan BKJ kepada rakyat.

Walau bagaimanapun, beliau mempersoalkan perubahan pendirian terhadap kaedah tersebut selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan.

“Namun, berubah keadaan selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan. Apa cerita ini? Sebelum ini okey saja. Takkanlah dulu boleh, sekarang tak boleh?
“Apatah lagi dua hari lepas, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengumumkan Bantuan Awal Persekolahan yang mewajibkan semua ibu bapa mengambil wang tunai di sekolah.
“Masa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, mengutuk dan mempertikaikan kaedah penyerahan BKJ. Tapi syukur, hari ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri nampak keberkesanan cara pelaksanaan Bantuan Kasih Johor,” katanya.
Image from: Dulu BKJ kena kutuk, sekarang BAP pun guna kaedah bersemuka! -Sindir Onn Hafiz

Foto: FB Onn Hafiz

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan Belanjawan Johor 2027 di Bangunan Sultan Ismail pada Jumaat.

Johor kekal agih BKJ secara bersemuka

Dalam pada itu, Onn Hafiz menegaskan kerajaan negeri akan meneruskan kaedah penyerahan BKJ secara bersemuka meskipun pendekatan tersebut menerima kritikan.

Namun begitu, pihaknya tetap terbuka menerima maklum balas bagi menambah baik pelaksanaan bantuan, termasuk memperkemas sistem giliran, menyusun waktu penyerahan serta mengurangkan kesesakan.

Image from: Dulu BKJ kena kutuk, sekarang BAP pun guna kaedah bersemuka! -Sindir Onn Hafiz

Foto: Onn Hafiz

Beliau turut menjelaskan bahawa tiada unsur paksaan dikenakan terhadap penerima bantuan, khususnya golongan uzur, terlantar atau mempunyai kekangan pergerakan kerana mereka dibenarkan menghantar wakil.

Terdahulu, menerusi pembentangan Belanjawan Johor 2027 pada 19 November lalu, kerajaan negeri mengumumkan peruntukan sebanyak RM263.72 juta bagi melaksanakan 24 kategori BKJ yang dijangka memanfaatkan lebih 820,000 penerima.

Sumber: Sinar Harian (Nor Azura Md Amin)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved