Dulu bonet kereta, kini ada ‘stesen’ sendiri

LocalBusiness & Finance
7 Jul 2025 • 9:24 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

ZAMAN sekarang, bila sebut pasal kejayaan dalam bisnes, orang tak tengok sangat berapa besar duit yang masuk. Tapi lebih kepada, “apa impak bisnes tu pada orang lain?”

Dan itulah yang cuba dilakukan oleh Saudagaar Asia Sdn. Bhd., syarikat di sebalik jenama air coklat yang makin dikenali iaitu Choco Albab.

Bagi pengasasnya, Said Saiful Fazli Said Aluwi, apa yang dibina bukan sekadar jualan dalam pek plastik, tapi satu inisiatif yang boleh bantu orang lain cari rezeki, terutama mereka yang tak banyak pilihan dalam keadaan ekonomi sekarang.

Kisah ini tak bermula di pejabat besar atau makmal R&D canggih. Sebaliknya, bermula dari seorang gadis bernama Nur Sabiha, 25 tahun, yang setahun lepas mula jual air coklat dari bonet kereta.

image is not available

"Saya memulakan bisnes dari bonet kereta dan membuat hantaran video ke platform Tik Tok serta Instagram, Alhamdulillah tak sangka ianya tular dan membantu meningkatkan perniagaan saya.

“Bermula dari 2 gelas sehari dan kini saya mampu menjual sehingga 30 gelas dengan membuka tempahan dan dihantar ke pejabat-pejabat, kawasan pembinaan dan rumah-rumah.

"Syukur kerana hasil pendapatan ini juga dapat membantu ibu dan mengupah pembantu bagi menjaga anak-anak ketika saya keluar berniaga” jelasnya.

image is not available

Usaha wanita itu yang konsisten, walau hujan dan panas berjaya menarik perhatian pihak Saudagaar Asia. Said Saiful nampak sesuatu dalam cara Sabiha berniaga.

Manakan tidaknya, dia punya semangat, kesungguhan dan impian yang boleh dikembangkan.

Daripada situ, lahirlah idea untuk 'menaik taraf' konsep niaga terbuka jadi lebih tersusun dan profesional. Maka wujudlah Choco Albab Joy Station dengan rupa lebih kemas, visual menarik dan kualiti produk yang dijaga.

“Ramai yang nak berniaga, tapi kekangan hidup buat mereka terhenti di niat. Ada yang jaga ibu uzur, ada yang hilang kerja. Bila dengar kisah macam tu, saya tak boleh duduk diam,” kata Said Saiful.

JANA PENDAPATAN

Menariknya, Choco Albab tidak berhenti sekadar memberi produk. Mereka membina satu ‘ekosistem’ dari latihan, bahan promosi, hingga kepada bimbingan supaya ejen-ejen yang baru mula niaga tak rasa terkapai-kapai.

Semua orang ada permulaan, dan bukan semua orang ada pengalaman berniaga. Tapi dengan sistem yang dibina, sekurang-kurangnya mereka tahu ada orang di belakang yang sedia bantu.

image is not available

“Kami percaya, kalau ejen berjaya, syarikat pun ikut berjaya. Ini bukan sekadar bisnes. Ini perjuangan untuk ubah nasib,” jelas beliau.

Apa yang lebih menarik, untuk memulakan langkah berniaga pun tidak memerlukan modal besar. RM150 sudah mencukupi. Dari situ, semuanya bergantung kepada usaha dan konsistensi.

Dan ya, memang ada antara mereka yang bermula dari sifar, kini mampu jana pendapatan mencecah ribuan ringgit sebulan.

Tapi bagi Said Saiful, bukan angka yang dia banggakan sangat. Yang lebih penting, bila ada orang datang ucap terima kasih kerana peluang kecil yang mereka ambil ini berjaya mengubah hidup sekeluarga.