Microsoft kini mengurangkan sekitar 4% pekerja mereka, memberikan kesan kepada hampir 9000 orang pekerja. Langkah kali ini dilihat memberikan impak kepada pekerja pada peringkat global, meliputi pelbagai pasukan dan tahap pekerjaan yang berbeza.
Untuk makluman, sebelum ini, mereka telah membuang sekitar 6000 pekerja pada bulan Mei, dan hampir 300 orang pada bulan Jun. Ia dikatakan langkah ini diambil dalam terus memposisikan syarikat dalam tahap serta prestasi yang baik. Pengurangan pekerja baru ini juga turut memberikan kesan kepada pasukan pembangunan permainan video.
Beberapa sumber dalaman mengatakan Microsoft mengambil langkah ini dalam mengurangkan tahap lapisan untuk laporan ke pihak atasan – sekaligus menjadikan sesuatu pasukan tersebut boleh bergerak lebih pantas dan efisien.



